Jumaat, 10 Jun 2011

lama tak singgah

Assalamualaikom anak cucu nenek yang disayangi semua..
sudah terlalu lama nek tak jengok teratak nenek ni.. nasib baik boleh jumpa lagi jalan.. tapi teratak dah tak macam teratak dah...
insyaAllah lepas ni nek akan selalu jenguk2 kat sini..

Isnin, 16 November 2009

adoiiiii

salam salammmm
Lama bebetoi nek tak menjengok teratak nenek. Dah bersawang dah nampaknya.
Maklum ler, sibuk skit akhir-akhir ni,dah tu kena buang daerah ke utara tanah air la plak.

Bercerita mengenai tempat nenek bermusafir sekarang ni, adoiiiiii..... punya la tensennya. Apa taknya, orang sini adatnya pepagi lagi dah makan nasi. Dah la nenek ni jenis orang yang mengikut resam 'masuk kandang kambing - mengembek, masuk kandang ghimau kena baham..' tiap-tiap pagi makan nasi (macam makan tengahari la kuantiti dia...), masakan lak sedap-sedap, adoiiiiii... seminggu je dah naik sekilo. Bayangkan la kalau duk sebulan.aisehhhhhh...tensennn tensennnnn

orang Darfur susah sebab tak cukup makan, tapi nenek lak susah ati sebab terlebih makan... aisehhhh.... duniaaaa duniaaaa...

Opssss....kena stop dulu la celoteh nenek kali ni, kena bertapa smula dah ni...

ok la anak cucu seme.. jumpa lagi di lain masa..

sekian adanya.....>>>>> wassalam ;o)

Khamis, 1 Oktober 2009

semangat raya lum ilang

Salam anak cucu nenek. Hari ni dah 5 hari nenek balik ke hutan batu ni.. Patutnya dah mula bertapa tapi semangat raya masih ada agi, mana leh consentrate kata omputih..
Tiap-tiap ari nek duk sibuk cari pasangan untuk pokimon la, kuda berapi la,arnab biru la...aisehhh..ini anak cucu nenek punya pasal la ni, diorang bagi mainan gini kat nenek. Kan dah tak jadi keje lak nenek, duk sibuk cari pasangan untuk binatang-binatang tu..
Memandangkan hari ni masih musim raya, nenek takleh nak leter lagi,..(kena ikut musim gak la, kan..). kan kalau leter lebih lebih kan, kurus lak pose nenek ntuk ari ni..
Bila sentuh bab pose ni, nek nak tanya la kat anak cucu nenek..hangpa dah pose 6 lum??? Aaaaa..hari ni dah masuk hari ke 8 bulan Syawal. Skarang ni masa macam berlari jek..laju bebeno... tup tup dah 8 ari kita raya. Tahun 2009 pun dah hampir-hampir penghujung dah. Sat lagi tahun 2010 plak menjelma..
Nek duk tenung-tenung dalam bayangan la kan,, rasa-rasanya dalam tahun 2010 kuarga nenek akan bertambah sorang lagi... kalau nasib baik, 2 orang sekali gus... gak gaknya si dugong ke...pak teh ke yang datang dulu?? ehemm ehemmmm..

Ahad, 20 September 2009

Salam Lebaran

Salam..salam...anak cucu nenek. Hari ni 1 Syawal, hari pertama nenek buka teratak nenek..
Sempena hari baik bulan baik ni, kita kena la buat rumah terbuka, jadi nenek pun buka la teratak buruk nenek ni untuk anak cucu seme datang bertandang, lepak-lepak sambil dengo leteran nenek..
Ehemm ehemmm..macam mana nenek bleh buka teratak nenek hari ni ek??..meh sini nek nak citer asal usul teratak nenek ni..
Alkisahnya, masa duk lepak-lepak sementara tunggu tetamu datang beraya sambil dengo lagu nasyid (maklumler, orang tua mana leh dengo lagu jiwang-jiwang..tak sesue..kena la tunjuk contoh yang baik..tak gitu???) jadi 2 orang anak cucu nenek ni duk kempen ler supaya masuk lam dunia tanpa sempadan ni..join de club kata depa (jadi blogger la tu).. Nenek ni kan, lembut hati (ehemm ehemmm)..ikut je la kata depa...(dunia dah terbalik daaaa..nenek kena dengo cakap anak cucu..aiseyyyyy)...
Aaaaaaaa...lepas ni, siap ko wani nge nadiah, nenek akan leter ngko orang dari jauh. Bukan tunggu nenek balik kampong je leh dengo nenek leter..sekarang ni nek akan anto leteran nenek dari jauh, melalui alam roh....bio ngko orang ngigau memalam lepas kena leter dari alam misteri ni...hehehhehe

Opsss da terlebih ruang la plak nenek bermukaddimah hari ni..lenkali la nek sambung lagi.

sekian ada....
~NenEk~