Salam anak cucu nenek. Hari ni dah 5 hari nenek balik ke hutan batu ni.. Patutnya dah mula bertapa tapi semangat raya masih ada agi, mana leh consentrate kata omputih..
Tiap-tiap ari nek duk sibuk cari pasangan untuk pokimon la, kuda berapi la,arnab biru la...aisehhh..ini anak cucu nenek punya pasal la ni, diorang bagi mainan gini kat nenek. Kan dah tak jadi keje lak nenek, duk sibuk cari pasangan untuk binatang-binatang tu..
Memandangkan hari ni masih musim raya, nenek takleh nak leter lagi,..(kena ikut musim gak la, kan..). kan kalau leter lebih lebih kan, kurus lak pose nenek ntuk ari ni..
Bila sentuh bab pose ni, nek nak tanya la kat anak cucu nenek..hangpa dah pose 6 lum??? Aaaaa..hari ni dah masuk hari ke 8 bulan Syawal. Skarang ni masa macam berlari jek..laju bebeno... tup tup dah 8 ari kita raya. Tahun 2009 pun dah hampir-hampir penghujung dah. Sat lagi tahun 2010 plak menjelma..
Nek duk tenung-tenung dalam bayangan la kan,, rasa-rasanya dalam tahun 2010 kuarga nenek akan bertambah sorang lagi... kalau nasib baik, 2 orang sekali gus... gak gaknya si dugong ke...pak teh ke yang datang dulu?? ehemm ehemmmm..
Khamis, 1 Oktober 2009
Langgan:
Ulasan (Atom)